Asrama Puteri Sek Men Keb (P) Temenggong Ibrahim BP Johor 
Asrama Puteri TIGS
Berilmu, Beriman, Beradab
LoginGuestbookSite map1 active visitor


 MENU
::Laman Utama
::Pentadbiran
::Visi dan Misi
::Sejarah Asrama
::Lagu Asrama
::Kemudahan Asrama
::Aktiviti
::Galeri Gambar
::PEWARIS

 KOMUNITI ASRAMA
::Portal Tigs
::Warden
::Majlis Tertinggi Pelajar Asrama / Pengawas Asrama
::Rutin Asputigs

 Search
 
  

 Laman Utama

 

 

ASRAMA PUTERI SMK(P) TEMENGGONG IBRAHIM.
35, JALAN TASEK , 83000 BATU PAHAT, JOHOR.

TEL: 07-4325240 / 07-4344272
FAX : 074327503
http://www.asputigs.dlearning.biz/

 

 



 Peperiksaan Oh Peperiksaan...

  Kepada anak-anak asramawati yang dikasihi.

1. Ujian Penilaian Kurikulum 4,Peperiksaan PMR, SPM STPM dan Peperiksaan Akhir Tahun bakal menjelma. Semoga pelajar asrama semua dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik. Kepada semua pelajar asrama berjuanglah demi masa depanmu. Anda adalah pembentuk diri anda sendiri.

2. Gunakanlah cuti sekolah anda dengan sebaik mungkin. Selamat bercuti dan isikan masa anda dengan sebijak-bijaknya sebagai seorang pelajar. Jadikankanlah buku teman setia hidup anda.


>> Read more

 PESAN BESTARI

 

 MEMBACA SEBAGAI SATU TERAPI KESIHATAN

Sesetengah individu berperilaku aneh terhadap buku seperti John Stewart yang berwasiat supaya dia dikuburkan bersama-sama buku-bukunya. Manakala Isaac Volmer dan Theodore Rinking pula sanggup memakan buku. Dalam era terkini, pakar kesihatan Inggeris telah berjaya menyembuhkan penyakit tertentu dengan menggunakan buku. Membaca buku mampu mempengaruhi kehidupan manusia.Antara yang menarik diperkatakan ialah membaca buku dianggap sebagai terapi yang telah dibuktikan sebagai indeks kepada kecemerlangan dan keintelektualan bangsa dan tahap kemajuan sesuatu bangsa.


 APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR - LAWATAN ASRAMA 2008

Jom Jalan-Jalan... Pada ahad  10 hb Ogos 2008 Program Apreasiasi Kecemerlangan Pelajar telah dijalankan. 72 orang pelajar asrama telah terpilih dan diiringi oleh 8 orang guru pengiring. Tempat lawatan ialah Muzium Diraja Johor, Zoo Johor, Taman Rekreasi Hutan Bandar dan Danga Bay. Program ini dijalankan untuk menghargai usaha gigih pelajar yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum serta telah menaikkan nama asrama dan sekolah.

 'Post Mortem' Hari Terbuka TIGS 2008

Bingkisan bicara buat puteri-puteri asrama TIGS,

Titipan ini adalah renungan dan penghayatan bersama, hasil penelitian berlangsungnya hari terbuka TIGS 2008.... Besar benar harapan ibu bapa terhadap anak-anak mereka, terutama pelajar asrama...... Antara perkataan yang terusik dijiwa.... "cikgu, bagaimana anak saya di sekolah?"...... "Cikgu, baikkah anak saya di asrama"....  "anak saya dalam kelas macam mana cikgu?"......"Apa yang patut kami buat, cikgu"....... Tidak kurang pula, ada ibu bapa yang merah matanya, menyembunyikan perasaan hampa.......

Puteri-puteriku......,

Ada juga yang balik dengan perasaan berbunga-bunga...... Kaki bagai tak terpijak dibumi nyata....., ingin ketawa rasa tak kena, ingin menangis terlalu buruk rasanya, ingin tersenyum takut jiran mengata....., dalm hati mereka..."Anakku..., bangganya dengan dirimu". Kerana apa puteriku????.... Pada hari terbuka, guru-guru dan kawan kawan memujimu...., keputusanmu yang membanggakan..... dalam hati mereka berkata.... "cukuplah anakku, ini sudah cukup buat diri ibumu dan bapamu, bukan harta kupinta....., inilah anugerah Tuhan yang paling berharga seumur hidupku......"

 

 BELAJARLAH WAHAI ANAK-ANAKKU!

PENILAIAN KURIKULUM KETIGA 14 - 16 JULAI 2008
 
Ujian Ketiga bakal menjelma. Dah bersediakah anak-anakku. Guru bak pelita telah mencurahkan ilmunya kepadamu. Senjata minda dan hatimu bakal menentukan ketentuanmu. Belajar dan berjaya tidak akan merugikanmu. Masa yang kamu cicirkan akan membuatkan dirimu merana.
Jadi BERINGATLAH WAHAI ANAK-ANAKKU.

 
 Masa itu emas

 Quotation

Untuk membina perpaduan umat Islam, Allah s.w.t menggambarkan bahawa setiap orang Islam itu bersaudara antara satu sama lain yang mana asas persaudaraan ini bukan sekadar dari hubungan tali persaudaraan keluarga atau satu bangsa tetapi disatukan dengan tingkatan aqidah dalam Islam seperti firman Allah s.w.t dalam surah Al-Hujurat : Ayat 10 yang bbermaksud " Sesungguhnya orang Mukmin itu bersaudara ".


 Archive
::APRESIASI KECEMERLANGAN PELAJAR - LAWATAN ASRAMA 2008  
::PESAN BESTARI 
::Peperiksaan Oh Peperiksaan... 

 Survey
Perasaan anda tinggal di Asrama Puteri Tigs....
11% Sangat Suka
10% Suka
11% Tidak Suka
68% Kadang2 Suka, Kadang2 Tak Suka

Hak Cipta Asrama Puteri SMK(P) Temenggong Ibrahim Batu Pahat. 2008